Pengenalan Kepada 3D Printing

8 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan bengkel Pengenalan kepada 3D Printing kepada peserta yang terdiri daripada 6 orang pelajar sekolah. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai perbezaan antara mesin pencetak biasa dengan mesin pencetak 3D.

Hal ini membolehkan mereka untuk untuk mengenalpasti beberapa komponen asas yang terdapat pada pencetak pada dasarnya. Selain itu, peserta diberikan pendedahan terhadap beberapa kelebihan dan kebaikan 3D printing ini pada masa akan datang. Tambahan lagi, hal ini boleh membuka peluang serta minda peserta untuk memajukan serta mengembangkan idea perniagaan berkenaan penggunaan mesin percetakan di Sarawak amnya, Kuching khususnya. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula 2:00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali