MAJLIS BERKHATAN
9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2018 , PI PPR Taman Sri Wangi telah bekerjasama dengan pihak KRT PPR Taman Sri Wangi bagi menjayakan Majlis Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah. Majlis ini berlangsung dari pukul 6:30 pagi hingga 3:00 petang dan telah dihadiri oleh komuniti setempat. Diharap program ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara pihak PI dan komuniti setempat di samping mendedahkan pelbagai program dan kelas yang di anjurkan dan fasiliti dan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak PI.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri majlis yang di adakan:
- Melahir dan menyedarkan pelajar tentang kebersihan fizikal dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
- Membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar melalui pembersihan fizikal dan rohani pelajar seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
- Mengeratkan silaturahim antara pihak PI dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: