Kelas Mengenali Alphabet Secara Atas Talian
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2018, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi, telah mengadakan kelas Mengenali Alphabet Secara Atas Talian bersama pelajar Tahun 1 yang tidak tahu membaca dan mengenali Alphabet. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengenali huruf-huruf secara online. Syukur Alhamdulillah sepanjang aktiviti kelas dijalankan ke semua pelajar menunjukkan sikap yang positif dalam mempelajari Alphabet secara atas talian ini. Semoga Kelas ini bermanfaat dan berguna kepada pelajar-pelajar.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan kaedah mengetahui Alphabet dengan mudah.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang kegunaan tersebut dan petugas menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti tersebut.
- Peserta diberikan masa dan individual membentangkan tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: