Kelas Keusahawanan Bersama MDEC & GIATMARA
21 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2018, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi, telah berkolaborasi bersama GIATMARA untuk mengadakan Kelas Keusahawanan bersama Pelajar Akaun dan peniaga-peniaga kecil baru bergiat aktif dalam perniagaan dan menjemput MDEC untuk memberi cara dan langkah-langkah dalam mengendali perniagaan supaya perniagaan ini boleh berterusan sehingga ke tua. Kelas ini bermula pada jam 08.30pagi sehingga 5.00 petang dan telah disertai oleh pelajar-pelajar GIATMARA dan Usahawan. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan cara-cara untuk mengatasi dan bertindak dengan baik dalam peniagaan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan keusahawanan yang bersistematik kepada peserta.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang kegunaan tersebut dan petugas menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti tersebut.
- Peserta diberikan masa dan individual membentangkan tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: