Bengkel Asas Microsoft Office
16 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2018, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi, telah mengadakan Bengkel Asas Microsoft Office, bertempat di PI PPR Tmn Sri Wangi. Kelas ini bermula pada jam 09.30pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh pelajar-pelajar menengah rendah. Pelajar diajar untuk menbuat jadual kelas semasa musim persekolahan bermula. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan Microsoft Office dalam membuat tugasan yang akan di lakukan pada masa akan datang.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan keselamatan Kdb dan ICT perkakasan dan aplikasi ICT kepada peserta.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang kegunaan tersebut dan petugas menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti tersebut.
- Peserta diberikan masa dan individual membentangkan tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: