Bengkel Asas Make-up 2018
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2018 , Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Bengkel Asas Make-up, dan bengkel tersebut berlangsung pada pukul 10:00 pagi hingga 1:00 petang dan telah dihadiri oleh komuniti setempat.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memperkenalkan teknik solekan yang mudah dan berkesan. Solekan (make-up) diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang. Dengan solekan sahaja, ia mampu memberi karektor pada wajah.
- Teknik solekan ini menjadi satu kelengkapan harian wanita. Tanpa penggunaan solekan, maka seseorang wanita akan menjadi kurang keyakinan. Oleh itu, penggunaan solekan adalah amat penting untuk menonjolkan sama ada dari segi kecantikan, watak dan keadaan.
- Membantu dalam pementasan teater. Hal ini kerana, solekan merupakan perkara terpenting dalam pementasan teater kerana ia akan membantu pelakon itu memperlihatkan ketrampilan, watak dan juga usia.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Teknik solekan yang betul
- Mengenali jenis kulit
- Mengenali pembersih dan penyegar
- Cara penggunaan alas bedak, pembayang mata, celak mata, pemerah pipi dan gincu
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: