Klinik Keusahawanan & Online Marketing By Ibrahim Perfume
20 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18-19 Mac 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah berkolaborasi bersama-sama PI Pasir Pandak untuk berkerjasama sekali menjayakan Program Klinik Keusahawanan dan Online Marketing. Dimana peserta diberi tunjuk ajar mengendali bisnes dengan cara yang betul dan tip-tips untuk mendapat pelanggan dan mengambil tahu setiap langkah-langkah perniagaan yang baik. Kesemua peserta yang hadir mendengar dengan tekun dan menjalankan aktiviti dengan jayanya.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan tentang perniagaan online dengan menggunakan internet untuk kegunaan pada zaman teknologi terkini.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan mempelajari ilmu penggunaan aplikasi dalam komputer.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar oleh petugas PI dan setiap peserta diagihkan tugasan sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: