Kelas Gmail dan Video Conferencing
05 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 04 Februari 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan kelas Gmail dan Video Conferencing di mana peserta di kalangan pelajar sekolah menengah telah didedahkan pengenalan gmail, apa fungsi serta kegunaan, langkah membuat akaun gmail dan juga teknologi menghubungi rakan melalui video conferencing menggunakan akaun gmail. Dengan adanya kelas ini diharap peserta dapat memanfaatkan akaun gmail mereka secara berfaedah di masa yang akan datang.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan tentang dunia digital yang boleh menghubungi rakan yang jauh dan memudahkan pengguna memahami dalam Bahasa yang mudah difahami kepada peserta.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan alamat dan kata laluan emel.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas untuk langkah-langkah penggunaan video call dalam emel tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: