Kelas Kuiz KDB Dan Break Clap
17 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2016, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Kelas Kuiz Kdb dan Break Clap. Bertempat di Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi. Aktiviti ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan telah disertai oleh komuniti setempat Taman Sri Wangi. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang kerja berkumpulan dan fokus terhadap tugasan yang diberikan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan pengenalan Kdb kepada peserta
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan fokus dan kerjasama tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang permainan tersebut.
- Peserta diberikan latihan berkumpulan untuk membuat kerjasama permain yang diarahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: