Kelas Tayangan Video KDB
24 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 Disember 2016, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Kelas Tayangan Video KDB. Bertempat di Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi. Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh komuniti setempat Taman Sri Wangi. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang KEbaikan dan keburukan semasa melayari internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan tentang yang dimaksudkan Kdb kepada peserta
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan kebaikan dalam penggunaan internet tersebut kepada para peserta di kehidupan harian mereka.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tips-tips panduan keselamatan internet oleh petugas.
- Peserta diajukan sesi soal jawab mengenai tayangan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: