Kelas Multimedia Raya (GIF Raya)

27 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Multimedia Raya (GIF Raya), di mana peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi online iaitu GIPHY.com untuk menghasilkan animasi GIF Raya. Kelas ini berlangsung serentak dengan Pertandingan GIF Raya di mana peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu animasi GIF menggunakan gambar sendiri dan kreativiti sendiri bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Peserta diberi masa satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan dalam majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang akan berlangsung pada tarikh yang diberitahu kemudian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali