Bengkel E-Learning English & KDB
07 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 Januari 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Bengkel E-Learning English & KDB. Bertempat di Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi. Aktiviti ini bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat Taman Sri Wangi. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang keselamatan dan melatih peserta untuk belajar dan memahami Bahasa Inggeris dengan mudah.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan keselamatan Kdb dan Bahasa Inggeris yang mudah kepada peserta
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan dan pentingnya belajar Bahasa Inggeris tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang keselamatan dan permainan yang dijalankan.
Peserta diberikan masa dan berkumpulan untuk membuat kerjasama permain yang diarahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: