Bengkel Pengenalan ICT Hardware & Software, Words Search ICT & KDB
08 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 Januari 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Bengkel Pengenalan ICT Hardware & Software, Words Search & KDB. Bertempat di Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi. Aktiviti ini bermula pada jam 09.00 pagi sehingga 11.45 pagi dan telah disertai oleh komuniti setempat Taman Sri Wangi. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang keselamatan internet dan melatih peserta mengenali perkakasan dan aplikasi ICT.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan keselamatan Kdb dan ICT perkakasan dan aplikasi ICT kepada peserta.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang keselamatan dan petugas menunjukkan perkakasan dan aplikasi ICT.
Peserta diberikan masa dan individual untuk menjawab Words Search ICT yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: