Program Perhimpunan Messenger of Peace & Founder's Day 2017
19 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah berkolaborasi bersama-sama PI Kg Telaga Air untuk menjalankan tugasan yang diberikan MCMC untuk mengadakan Pameran mewakili pihak MCMC untuk bekerjasama dalam Program Perhimpunan Messenger of Peace & Founder's Day 2017 bertempat di Stadium MBKS, Pending Kuching. Program ini disertai oleh 1000 peserta yang terdiri daripada Persatuan Pengakap Sekolah seluruh Sarawak dan dirasmikan oleh Y.B Senator Prof. Dr. Sim Kui Hian iaitu Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak untuk kegunaan pada zaman teknologi terkini.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan orang luar.
- Menyedarkan kepentingan Klik dengan Bijak ini dalam setiap diri insan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan nasihat dan kata-kata mukadimah oleh petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: