Pengenalan Ms Word In Advance
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Microsoft Word di mana pelajar terutama dari sekolah menengah telah didedahkan dengan kegunaan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan sekolah mereka kelak. Antara pengetahuan asas Microsoft Word yang pelajar perlu ketahui ialah menaip, insert table, insert graph, edit picture dan format kerja kursus. Di samping itu juga, pelajar telah diberikan pendedahan dengan kemudahan teknologi yang disediakan oleh PI iaitu Multi-Touch Board.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan tentang Kegunaan aplikasi dalam dunia digital.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan menimba ilmu teknologi dalam zaman digital ini.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tugasan dan tunjuk ajar dari petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: