TTT Intel Training Refresher (PI Manager Kuching) 2017
11 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7-10 April 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi menjadi tuan rumah untuk menjalankan program TTT Intel Training bersama 23 buah PI. Aktiviti ini bermula pada jam 09.00 pagi sehingga 06.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk mengalas kemahiran keusahawanan pengurus PI dan seterusnya dapat berkongsi idea sesama sendiri dalam memajukan PI di kalangan komuniti setempat.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan dan pemahaman perniagaan yang mudah kepada peserta
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang pemulaan perniagaan yang dijalankan.
Peserta diberikan masa dan berkumpulan untuk membuat kerjasama dalam aktiviti yang diarahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: