Bengkel ICT - Ms Power Point in Multimedia
30 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2017, Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Bengkel ICT- Ms Power Point In Multimedia. Bertempat di Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi. Aktiviti ini bermula pada jam 02.00 petang sehingga 04.30 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat Taman Sri Wangi. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan multimedia dalam membentangkan tugasan yang di arahkan petugas PI.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memberi pendedahan keselamatan Kdb dan ICT perkakasan dan aplikasi ICT kepada peserta.
- Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Ppr Tmn Sri Wangi.
- Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar.
- Menyedarkan kepentingan Keselamatan internet dan pentingnya mengenal dunia ICT tersebut kepada para peserta untuk kebaikan pada kehidupan harian dan di sekolah mahupun dimana sahaja.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas tentang kegunaan aplikasi tersebut dan petugas menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti tersebut.
- Peserta diberikan masa dan individual membentangkan tugasan mereka.
Peserta diberikan masa dan berkumpulan untuk membuat kerjasama dalam aktiviti yang diarahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: